Halaman

Sabtu, 15 Jun 2013

Wajarkah Remaja Sekolah Bercinta

     Adakah wajar budak sekolah bercinta?Jika ditanya pada ibubapa atau orang dewasa, pasti ramai yang mengatakan "tidak wajar".Antara alasan mereka ialah para remaja sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dan bukan perkara yang boleh melalaikan.

     Malah ibubapa berkata:"Wang belanja sekolah pun ibubapa yang berikan,mahu menanggung anak orang pula"ataupun"Masih berhingus,Penilaian Menengah Rendah (PMR) pun belum ambil sudah sibuk nak bercinta".

     Percintaan remaja atau pelajar sekolah sering dikaitkan dengan ''cinta monyet''iaitu cinta yang tidak berkekalan selama-lamanya atau tanpa matlamat perkahwinan.

     Cuba tanyakan kepada remaja,adakah mereka masih bercinta?Apa pula jawapan mereka.Mungkin ada yang manjawab''Cuma nak merasai pengalaman baru,seronok ke tidak jika ad teman lelaki atau teman wanita seperti rakan-rakan yang lain.

     Memjawab persoalan itu,Pengasas Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja(KEWAJA),Yahya Mohammed Yusof berkata wajar remaja bercinta kerana mereka sedang akil baligh dan melalui proses perkembangan daripada kanak-kanak kepada alam remaja.

     Remaja lelaki yang sudah akil baligh manakala gadis yang menghadapi haid mempunyai perasaan semulajadi atau tarikan untuk berkawan dengan rakan yang berlainan jantina.

     Apapun,ibubapa perlu memantau dengan siapa anak mereka berkawan dan batas pergaulan mereka,manakala pihak sekolah pula memberi pemantauan selama satu atau dua jam menerusi pendidikan agama dan moral.

     Menurutnya, ibubapa perlu memberi garis panduan dan menasihati anak mereka bahawa berkawan tidak menjadi kesalahan,tetapi perlu memastikan sejauh mana kejujuran rakan berkenaan.

     ''Katakan pada anak, jika teman lelaki itu mengajar kamu menipu,melepak atau melakukan sesuatu yang tidak baik,adakah orang seperti itu layak dijadikan kawan atau layakkah lelaki seperti itu dibanggakan sebagai suami.

     ''Ada hadis menyebut 'didiklah anak mengikut zaman' dan apabila dikaji balik, memang ada kesesuaiannya dengan sesuatu hari ini.Apabila remaja perempuan datang haid,dia mula hendak berkawan dengan lelaki.Itu perasaan semula jadi dan ibubapa perlu menerangkan mengenai batas pergaulan.

     ''Pada hari ini,apabila kita semakin terbuka dengan anak,mudah untuk kita menasihatinya mengenai perkara baik atau buruk.Beritahu anak lelaki yang baik tidak mengheret perempuan yang disayangi membuat perkara tidak baik atau mencemarkan maruah.

     Menurutnya ibubapa juga wajar bertanya kepada anak sama ada mereka mempunyai teman lelaki atau teman wanita.

     ''Kita bukan lelaki pra sejarah tidak salah bertanya kepada anak mengenai itu.Bukan bertujuan menggalakan anak bercinta, tetapi menunjukan kita ibubapa yang berfikiran terbuka dan mengambil berat serta memahami proses perkembangan diri anak'',katanya.

     Beliau berkata, untuk menyekat kebebasan anak adalah tidak wajar.Oleh itu,jika membenarkan anak keluar beritahu mereka batas waktu supaya mereka tidak pulang lewat-lewat malam.

     ''Sebagai orang tua,kita tidak boleh menunjukkan perasaan curiga terhadap anak, tetapi harus mengatasinya dengan bijaksana.Contohnya,ibubapa boleh keluar bersama anak ke sesuatu tempat yang menarik dan seronok.

     ''Apabila sampai ditempat yang dituju,beri kebebasan kepada anak ke mana mereka ingin pergi,misalnya tempat yang menjadi tumpuan remaja, manakala ibubapa pergi ke tempat orang dewasa suka.Tetapi sebelum pergi mesti berjanji dengan anak di sesuatu tempat pada jam tertentu untuk pulang bersama'',katanya.

Selasa, 4 Jun 2013

CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap orang pasti meninginkan kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga dengan seseorang pelajar. Sebagai seorang pelajar kecemerlangan dalam pelajaran merupakan matlamat yang ingin dicapai. Mereka sudah semestinya ingin mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Persoalannya, adakah kecemerlangan itu boleh datang dengan sendirinya? Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
  1. Memiliki Sikap Rajin
Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.
  1. Displin Diri
Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
  1. Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
  1. Aktif Dalam Kokurikulum
Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ialah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
  1. Menjaga Kesihatan Diri
Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Pada masa kini telefon bimbit dianggap sebagal satu keperluan dalam kehidupan seharian. Telefon bimbit telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita pada masa ini. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan telefon bimbit.

Antara kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagal alat perhubungan. Contohnya, telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung untuk bertanya khabar. Telefon bimbit juga penting kepada pemandu kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan di jalan raya. Jika berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membalki kenderaan tersebut.

Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagal alat untuk melayari internet. Pada masa kini, perkhidmatan internet amat penting kepada para peniaga. Ramai pelajar universiti dan orang awam juga turut menggunakan perkhidmatan internet ini. Dengan menggunakan telefon bimbit, kita boleh melayari internet di mana sahaja, pada bila-bila masa dan dapat memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat.

Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagai alat hiburan. Dengan memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu dan rancangan di radio. Pada masa kini, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton rancangan di televisyen. Di dalam telefon bimbit ini juga ada pelbagai jenis permainan dan permainan ini amat disukai oleh golongan muda bagi mengisi masa lapang mereka.

Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera. Kita boleh mengambil pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh disimpan di dalam komputer atau dicetak. Telefon bimbit juga boleh berfungsi sebagal alat perakam video. Dengan memiliki telefon bimbit, kita boleh menjimatkan wang kerana kita tidak perlu lagi membeli alat perakam video.

Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagal jenis pertandingan. Kita berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila menyertal pertandingan tersebut. Kita juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menderma wang melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dalam kehidupan seharian.

KEBAIKAN INTERNET

Dengan kewujudan internet pada kini telah banyak mempengaruhi kehidupan kita. Internet boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Jika kita menggunakan internet untuk tujuan baik maka banyak faedah boleh didapati melaluinya. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan internet dengan baik. Sebenarnya, terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan internet dengan baik. Antara untuk mendapatkan maklumat, berkongsi maklumat, menjalankan perniagaan membayar bil dan juga sebagai alat hiburan.


MENDAPATKAN MAKLUMAT

Antara kebaikan internet ialah ia membolehkan kita mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam computer dengan cepat dan mudah.

BERKONGSI MAKLUMAT

Selain itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel. Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampai kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.

PELUANG PERNIAGAAN

Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peluang perniagaan melalui internet ini amatlah luas. Malah kita boleh berniaga melalui internet hanya melalui rumah sahaja. Kini ramai usahawan yang muncul dengan hanya menjana wang dari rumah. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapat keuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet.

MEMBAYAR BIL

Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil seperti bil telefon, elektrik dan air. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil.

HIBURAN

Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagai stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagai stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagal jenis sukan di seluruh dunia secara langsung.

Tentang SMK Orang Kaya Haji

     Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji telah dibina sekitar tahun 1960an.Pada masa itu hanya ada sebuah bangunan sahaja.Struktur bangunan itu masih kekal hingga sekarang.Terdapat bilik guru besarnya yang mempunyai pintu separuh yang berspring.



      Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Lanjutan iaitu menampung pelajar-pelajar yang lulus darjah enam. Sesiapa yang lulus darjah enam ketika itu dianggap pelajar yang hebat dan pandai. Malahan ada diantara mereka yang berjaya pada awalnya hanya lulus tahap ini. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya dalam bidang yang diceburi.



      Sekitar tahun 1964, bangunan baru dibina. Ia dikenali sebagai bangunan Khir Johari kerana pada ketika itu Menteri Pelajaran ialah En. Khir Johari. Rupa bentuk bangunan yang dibina ketika itu adalah seragam di seluruh negara.Bangunan ini didirikan dengan menggunakan bahan binaan batu bata dan batu blok simen yang tidak diplaster.


 

      Sukatan Pelajaran pada ketika itu hanya tertumpu kapada mata pelajaran kemahiran tangan seperti membuat bakul, menganyam tikar dan barang kraf yang lain. Pada tahun 1965 mata pelajaran seni perusahaan mula di perkenalkan apabila bangunan baru siap dibina.

      Apabila bangunan siap dibina, ia telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1965, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Kuala Lipis atau singkatannya SEMARAK. Jarak sekolah ini dengan bandar Kuala Lipis ialah 2 kilometer melalui Jalan Lipis – Benta. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar aliran Melayu di peringkat menengah.Ketika itu tidak ada langsung sekolah menengah Melayu di kawasan ini.Kebanyakannya pelajar di sekolah ini berasal dari kampung-kampung berjauhan dan sukar ke sekolah seperti mereka yang tinggal di perkampungan tepi sungai ( Sungai Jelai ) dan di pinggiran jalan kereta api dari Kuala Lipis ke Jerantut. Mereka ini diperingkat sekolah rendah daripada SK Kuala Lanar, SK Kuala Kenong, SK Jeram Bungor, SK Kuala Kechau, SK Kerambit, SK Limau Purut, SK Tanjung Yong,SK Jeram Landak dan SK Mela.


      Kemudian sekolah ini juga menerima pelajar yang datang dari Tanjung Gahai, Merapoh, Kuala Medang dan lain-lain kawasan yang menggunakan jalan kereta api dan pengangkutan sungai.Pelajar – pelajar ini ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan Selain itu, sekolah ini juga menerima pelajar –pelajar dari SK Wan Ibrahim, SK Penjom dan SK Relong .Apabila satu bahasa pengantar sahaja digunakan di sekolah, sebilangan pelajar dari SRK Clifford mula ditempatkan di sekolah ini pada tahun 1980an.

      Pada tahun 1974, asrama sekolah telah siap dibina. Ianya mempunyai dua buah bangunan untuk menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Pada awal penubuhannya, asrama ini menempatkan pelajar tingkatan empat hingga enam dari Sekolah Menengah Clifford, manakala pelajar tingkatan satu hingga tiga dari sekolah ini sendiri.

 

      Pada tahun 1980 -1988. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang ( JPNP ) mengarahkan sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar tahun satu hingga enam dari SK Kuala Kechau dan SK Kampung Lalang yang diarah tutup oleh Kementerian Pelajaran.Bermula tahun 1989, barulah pelajar-pelajar SMK Orang Kaya Haji ditempatkan diasrama sepenuhnya.

      Pada tahun 1980an, bangunan tambahan telah dibina iaitu Blok E, F , kantin dan gelanggang.Pada tahun 1990, Blok H,I,J,dan K pula dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1994, pejabat sekolah yang berada di Blok D berpindah ke Blok I sekarang.Pada tahun 2002, Blok M iaitu bangunan baru empat tingkat dibina.Menjelang tahun 2005, makmal ICT siap dan beroperasi pada tahun 2006.

 

Entri Pertama saya

Salam perkenalan saya belajar blog.Sebenarnya dari semalam lagi saya mula belajar mengenai blog ini.Saya fikir membuat blog ini susah tapi ternyatalah blog ini sangat mudah untuk membuatnya dan hari ini saya dah mula membuatnya.Saya harap saya dapat belajarnya dengan mudah.