Halaman

Sabtu, 15 Jun 2013

Wajarkah Remaja Sekolah Bercinta

     Adakah wajar budak sekolah bercinta?Jika ditanya pada ibubapa atau orang dewasa, pasti ramai yang mengatakan "tidak wajar".Antara alasan mereka ialah para remaja sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dan bukan perkara yang boleh melalaikan.

     Malah ibubapa berkata:"Wang belanja sekolah pun ibubapa yang berikan,mahu menanggung anak orang pula"ataupun"Masih berhingus,Penilaian Menengah Rendah (PMR) pun belum ambil sudah sibuk nak bercinta".

     Percintaan remaja atau pelajar sekolah sering dikaitkan dengan ''cinta monyet''iaitu cinta yang tidak berkekalan selama-lamanya atau tanpa matlamat perkahwinan.

     Cuba tanyakan kepada remaja,adakah mereka masih bercinta?Apa pula jawapan mereka.Mungkin ada yang manjawab''Cuma nak merasai pengalaman baru,seronok ke tidak jika ad teman lelaki atau teman wanita seperti rakan-rakan yang lain.

     Memjawab persoalan itu,Pengasas Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja(KEWAJA),Yahya Mohammed Yusof berkata wajar remaja bercinta kerana mereka sedang akil baligh dan melalui proses perkembangan daripada kanak-kanak kepada alam remaja.

     Remaja lelaki yang sudah akil baligh manakala gadis yang menghadapi haid mempunyai perasaan semulajadi atau tarikan untuk berkawan dengan rakan yang berlainan jantina.

     Apapun,ibubapa perlu memantau dengan siapa anak mereka berkawan dan batas pergaulan mereka,manakala pihak sekolah pula memberi pemantauan selama satu atau dua jam menerusi pendidikan agama dan moral.

     Menurutnya, ibubapa perlu memberi garis panduan dan menasihati anak mereka bahawa berkawan tidak menjadi kesalahan,tetapi perlu memastikan sejauh mana kejujuran rakan berkenaan.

     ''Katakan pada anak, jika teman lelaki itu mengajar kamu menipu,melepak atau melakukan sesuatu yang tidak baik,adakah orang seperti itu layak dijadikan kawan atau layakkah lelaki seperti itu dibanggakan sebagai suami.

     ''Ada hadis menyebut 'didiklah anak mengikut zaman' dan apabila dikaji balik, memang ada kesesuaiannya dengan sesuatu hari ini.Apabila remaja perempuan datang haid,dia mula hendak berkawan dengan lelaki.Itu perasaan semula jadi dan ibubapa perlu menerangkan mengenai batas pergaulan.

     ''Pada hari ini,apabila kita semakin terbuka dengan anak,mudah untuk kita menasihatinya mengenai perkara baik atau buruk.Beritahu anak lelaki yang baik tidak mengheret perempuan yang disayangi membuat perkara tidak baik atau mencemarkan maruah.

     Menurutnya ibubapa juga wajar bertanya kepada anak sama ada mereka mempunyai teman lelaki atau teman wanita.

     ''Kita bukan lelaki pra sejarah tidak salah bertanya kepada anak mengenai itu.Bukan bertujuan menggalakan anak bercinta, tetapi menunjukan kita ibubapa yang berfikiran terbuka dan mengambil berat serta memahami proses perkembangan diri anak'',katanya.

     Beliau berkata, untuk menyekat kebebasan anak adalah tidak wajar.Oleh itu,jika membenarkan anak keluar beritahu mereka batas waktu supaya mereka tidak pulang lewat-lewat malam.

     ''Sebagai orang tua,kita tidak boleh menunjukkan perasaan curiga terhadap anak, tetapi harus mengatasinya dengan bijaksana.Contohnya,ibubapa boleh keluar bersama anak ke sesuatu tempat yang menarik dan seronok.

     ''Apabila sampai ditempat yang dituju,beri kebebasan kepada anak ke mana mereka ingin pergi,misalnya tempat yang menjadi tumpuan remaja, manakala ibubapa pergi ke tempat orang dewasa suka.Tetapi sebelum pergi mesti berjanji dengan anak di sesuatu tempat pada jam tertentu untuk pulang bersama'',katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan